GEMPAR DARI 1MDB – Syarikat Kedua Jho Low Berikan Ratusan Juta Kepada Najib DAN Khadem – EKSKLUSIF!

Khadem memeterai urusniaga sementara Najib memerhatikannya – tetapi kemana perginya semua wang dari “usahasama berstrategik” 1MDB-Aabar?

Khadem memeterai urusniaga sementara Najib memerhatikannya – tetapi kemana perginya semua wang dari “usahasama berstrategik” 1MDB-Aabar?

Kini Sarawak Report boleh mendedahkan bahawa syarikat kedua milik Jho Low, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited, telah membayar ratusan juta dollar ke dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, dan juga bekas Pengerusi dana Aabar dari Abu Dhabi, Khadem al Qubaisi.

Aabar, anak syarikat kepada dana IPIC, telah didapati bergelumang dalam beberapa siri urusniaga yang penuh tanda tanya dan merugikan dengan 1MDB yang dibelengu skandal, yang dikawwal oleh Najib Razak, menggunakan Jho Low sebagai proksiya
Siasatan Sarawak Report mengesahkan bahawa syarikat Blackstone, yang didaftarkan di BVI dan menggunakan alamat di Singapura, telah dipetik sebagai pengirim beberapa siri matawang dollar yang amat banyak kepada Najib dan Khadem antara 2011 dan 2012. Maklumat-maklumat kami termasuk dokumen-dokumen pindahan bertelegrafik yang dibuat menerusi sistem perbankan Amerika.

Syarikat luar negara itu menggunakan taktik yang biasa untuk mengaburi para pemerhati Jho Low, di mana ianya ingin dilihat sebagai mempunyai hubungan dengan gergasi pelaburan global dari US, Blackstone Group. Namun, ianya tiada kaitan langsung dengan syarikat dari US itu.

Jho Low dan Li Lin menikmati hidup bahagia

Jho Low dan Li Lin menikmati hidup bahagia

Dokumen-dokumen yang diperolehi oleh para penyiasat antarabangsa mendapati bahawa penandatangan kepada syarikat itu adalah timbalan Low, Seet Li Lin, yang juga berperanan sama dalam sebuah lagi syarikat Jho Low, Good Star Limited, yang didapati berada di tengah-tengah kancah skandal 1MDB, di mana Jho Low merupakan pemegang utama saham-saham di situ.

Rekod-rekod menunjukkan bahawa sebelum ianya dicairkan pada awal 2013, hanya tiga tahun selepas beroperasi, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited telah memindahkan lebih setengah billion dollar ke dalam akaun-akaun Najib dan Khadem. Ini adalah tempoh yang sama apabila dua pembelian tenaga yang merugikan telah dibiayai menerusi pengeluaran bon-bon berbillion dollar di bawah jaminan bersama oleh dua dana itu. Sejumlah besar dari wang itu tidak diakaunkan, yang akhirnya membentuk sebahagian besar dari masalah hutang semasa 1MDB.

Dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Sarawak Report menunjukkan empat bayaran berasingan dibuat kepada Khadem menerusi akaunnya di Banque Privee Edmond de Rothschilde Europe (yang beribu pejabat di Switzerland) dalam tahun 2012. Jumlahnya adalah terlampau besar.

Pada mulanya, pada 29hb Mei 2012 Blackstone Asia telah memindahkan US$158,000,000 juta ke dalam akaun Khadem, dipegang dibawah nama The Vasco Trust, di mana dia merupakan pewaris dan pemilik dana itu.

Blackstone BVI didaftarkan pada sebuah alamat pejabat yang disewa d Singapuran – 36 Robinson Road. Dokumen-dokumen yang telah diperolehi oleh Sarawak Report mengesahkan bahawa Khadem merupakan pemegang saham dalam Vasco Trust

Blackstone BVI didaftarkan pada sebuah alamat pejabat yang disewa d Singapuran – 36 Robinson Road. Dokumen-dokumen yang telah diperolehi oleh Sarawak Report mengesahkan bahawa Khadem merupakan pemegang saham dalam Vasco Trust

Tiga lagi bayaran pada 3hb Osos, 31hb Oktober dan 4hb Disember terdiri dari US$100,750,000, US$129,000,000 dan US$85,000,000 masing-masingnya. Jumlah kesemuanya menghampiri setengah billion dollar – lebih dua billion setelah melalui tukaran asing semasa, dibayar dari syarikat BVI yang kabur ke dalam akaun pengurus dana dari Abu Dhabi dalam masa enam bulan.

Bagaimanakah bekas pengurus dana ini memperolehi upahan selumayan ini – atau adakah ianya wang sogokan?

Bagaimanakah bekas pengurus dana ini memperolehi upahan selumayan ini – atau adakah ianya wang sogokan?

Pemberi maklumat mengesahkan dengan Sarawak Report bahawa bayaran-bayaran ini dianggap sebagai wang sogokan yang dikaitkan dengan pembabitan Khadem dalam 1MDB.

Terdapat satu lagi pindahan utama ke luar yang dimasukkan ke dalam akaun Khadem dalam Vasco Trust pada tahun yang sama – US$20,750,000 telah dipindahkan dari sebuah lagi syarikat rahsia Jho Low, Good Star Limited pada 20hb Februari 2013.

Pindahan wang dari Good ke dalam akaun milik pewaris dalam Vasco Trust di BPERE – nombor akaun 390 610

Pindahan wang dari Good ke dalam akaun milik pewaris dalam Vasco Trust di BPERE – nombor akaun 390 610

Terdapat penemuan-penemuan yang mengejutkan. Sarawak Report telah mendapati bahawa siasatan 1MDB ke atas akaun Najib di AmBank di KL juga mengesahkan bahawa bayaran besar datangnya dari sumber yang sama beberapa bulan sebelum itu.

Dalam tahun 2011 Blackstone Asia telah memasukkan sejumlah US$170 juta ke dalam akaun Najib yang sama, dan kemudiannya US$680 juta lagi dalam tahun 2013, seperti dilaporkan oleh Sarawak Report, di samping Wall Street Journal.

Sarawak Report pernah melaporkan tentang bayaran-bayaran terdahulu berjumlah lebih satu billion dollar. Selepas musim pilihanraya lebih dari US$600 juta telah dikembalikan ke dalam akaun Najib di Singapura (kini dibekukan) dan akaun di AmBank itu kini ditutup.

Dalam mod berpesta – Khadem telah mencurah-curahkan jutaan dollar untuk membeli kelab-kelab malam di Las Vegas

Dalam mod berpesta – Khadem telah mencurah-curahkan jutaan dollar untuk membeli kelab-kelab malam di Las Vegas

Kami dapat mendedahkan bahawa pindahan pertama dari beberapa siri pindahan, yang berjumlah US$170 juta datang dari Blackstone Asia (BVI) dan disokong oleh surat jaminan yang serupa daripada seorang sheikh palsu Arab ‘Saud Abdulaziz Majid al-Saud’, yang juga menyokong derma US$680 juta dalam tahun 2013.

Sebagaimana yang telah kami perincikan, Saud Abdulaziz Majid al-Saud sebenarnya tidak wujud dan beberapa siri surat jaminan yang serupa tidak membekalkan alamatnya ataupun kedudukannya.

Tidak hairan pasukan khas siasatan ke dalam 1MDB itu berakhir dengan menyoal mengenai bayaran-bayaran berjumlah besar sebagai sebahagian usaha mereka mengembalikan wang yang hilang itu ke dalam dana pembangunan itu.

Para penyiasat merumuskan (sebelum mereka dihentikan dari tugasan, ditangkap, dilucutkan dari jawataan dan dalam satu kes, dibunuh) bahawa pindahan-pindahan masuk ke akaun Najib berkait secara langsung dengan kehilangan jumlah wang yang amat besar dari akaun-akaun syarikat itu.

Blackstone Group sememangnya mempunyai sebuah anak syarikat yang bernama Blackstone Real Estate Partners Asia. Namum gergasi pelaburan antarabangsa itu telah mengesahkan dalam jawapan mereka bahawa Blackstone Asia Real Estate Partners (BVI) itu tiada hubungan dengan mereka.

Siasatan ke atas syarikat-syarikat BVI yang kabur telah mendedahkan bahawa syarikat cangkerang itu telah diperbadankan pada 1hb November 201o dengan nama Foreign FX Trading Limited dan menukar namanya ke Blackstone Asia Real Estate Partners pada 26hb Mei 2011.

Hayat yang pendek sebuah syarikat cangkerang yang hanya digunakan untuk pemindahan ratusan juta dollar

Hayat yang pendek sebuah syarikat cangkerang yang hanya digunakan untuk pemindahan ratusan juta dollar

Setelah melakukan pemindahan wang sebanyak ratusan juta dollar ke dalam akaun Najib dan Khadem, syarikat itu dicairkan pada 30hb April 2013, sebaik sebelum pilihanraya umum Malaysia.

Tiba masanya untuk menutup syarikat cangkerang multi-jutaan yang berusia singkat itu?

Tiba masanya untuk menutup syarikat cangkerang multi-jutaan yang berusia singkat itu?

Sarawak Report dapat mengandaikan bahawa Blackstone Asia Estate Partners Limited (BVI) ini adalah jentera rahsia milik Jho Low untuk pemindahan wang.

Syarikat-syarikat lain milik Jho Low yang kami telah kenalpasti digunakan untuk meindah dan mengubah wang adalah PetroSaudi International Limited (Seychelles), SRG (Strategic Resources Global), Aabar Investments PJS Limited dan Merryl Capital.

Najib harus menjelaskan mengapakah pendermanya yang tidak dinamakan itu adalah Jho Low

Najib harus menjelaskan mengapakah pendermanya yang tidak dinamakan itu adalah Jho Low

Offshore Incorporations Centre yang berpusat di London telah digunakan untuk memperbadankan Good Star Limited di Seychelles dan Blackstone palsu di BVI. Sarawak Report telah mengesahkan bahawa para penyiasat antarabangsa kini boleh mengesahkan bahawa pemegang utama saham-saham dalam Good Star adalah Jho Low.

Najib kini harus mengakui bahawa wang yang sebanyak itu yang telah direkodkan sebagai hilang dari usahasama 1MDB/Aabar telah dikesan sebagai dimasukkan ke dalam akaun dua orang pemain peranan dalam pindahan-pindahan itu – Najib sendiri dan Khadem.

Pemudahcara dalam pindahan-pindahan Blackstone BVI adalah Jho Low sebelum dia mencairkan syarikat itu (seperti Good Star) dalam usahanya untuk mengaburi bahan-bahan bukti yang tertimbul.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments