Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan kunjungan kerja tiga hari ke Milan mulai Jumaat untuk mengeratkan lagi hubungan Malaysia-Itali.
Duta Malaysia ke Itali, Abdul Samad Othman memberitahu wartawan-wartawan Malaysia di ibu negara fesyen itu hari ini bahawa hubungan Kuala Lumpur-Rom adalah dinamik, aktif, dan dijangka bertambah baik di masa depan.
Najib dan isterinya, Rosmah Mansor, dijangka tiba pada pagi Jumaat disertai oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia Mustapa Mohamed, dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Nazri Abdul Aziz.
Ketika di sana nanti, dia akan menghadiri suatu jamuan rasmi Hari Malaysia di Expo Milano 2015 pada pagi Sabtu dan akan melancarkan ‘Pesta Makanan Malaysia’ di pavilion Malaysia.
Perdana Menteri Itali Matteo Renzi telah mengirimkan Najib surat jemputan rasmi untuk menghadiri ekspo terbesar dunia itu yang dianjurkan setiap empat tahun sekali.
Malaysia merupakan 147 buah negara yang mengambil bahagian dalam Expo Milan 2015 itu yang bermula pada bulan Mei dan berakhir dalam bulan Oktober. Pavilion Malaysia sering dikunjungi pelawat yang ramai, yang setakat ini telah menarik 2.5 juta orang, melebihi sasaran jumlah pelawat 1.8 juta orang.
Akhbar rasmi itu telah mengabaikan laporan tentang kunjungan sebenar Najib Razak ke Milan, dari banyak tempat, sebagai salah sebuah hentiannya di benua Eropah semasa kunjungan perdananya ke luar negara.
Kami berjaya mendedahkan kehadirannya pada pertunjukan fesyen Islam tahunan kegemaran isterinya.
Pada tahun ini majlis gilang-gemilang itu dipentaskan di Milan dan Najib tidak akan lupa menghadirinya.
Rosmah sentiasa dilihat menghadiri majlis-majlis pertunjukan fesyen yang berprestij – Monaco, London dan pada tahun lepas pun Istana Windsor telah mengagihkan tempat untuk dia bergaul dengan golongan bangsawan yang kaya raya.
‘Wanita Pertama’ Malaysia itu bukan pengemar biasa, membuktikan dirinya sebagai penggemar pakaian mewah yang cantik-cantik.
Namun, dia boleh menerima hakikat bahawa dia mungkin bukan tetamu kehormat yang paling tinggi lampai dan berpinggang ramping, dia akan diarak menaiki pentas dan mungkin dilihat sebagai tetamu terkaya di sana.